Saban hari kos hidup semakin meningkat dan ramai individu mahupun institusi kekeluargaan mula perihatin terhadap kepentingan membuat simpanan wang. Kita diajar untuk mula menyimpan wang sejak dari kecil. Saya masih ingat semasa saya disekolah rendah, emak akan memberikan saya 50 sen untuk belanja sekolah. Pada ketika itu saya mampu menyimpan 20 sen sehari secara purata. Namun situasinya sudah pasti berbeza apabila kita meningkat dewasa.

Berikut merupakan 5 Teknik Separa Sedar Membuat Simpanan:
#1 – Simpan di ASB/ASNB dan Bukannya Bank Biasa.
Membuat simpanan di bank biasa seperti CiMB, Maybank, Bank Islam dan lain-lain bukanlah pilihan yang terbaik. Kebiasaanya penyimpan di bank biasa akan mempunyai kad pengeluaran wang yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi emosi untuk membuat pengeluaran wang. Jika di ASB/ASNB, kita akan hanya diberikan buku simpanan yang akan mencatit segala wang keluar dan masuk. Secara psikologinya pengguna akan berasa berat hati untuk membuat pengeluaran wang dan berasa seronok apabila melihat senarai wang masuk setiap minggu atau setiap bulan.
#2 – Simpan Dahulu, Belanja Kemudian.
“Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving.” – Warren Buffett
Jika pernah berniat untuk menyimpan lebihan wang gaji pada hujung bulan, itu bermaksud anda telah berada dalam situasi yang salah untuk menyimpan. Cuba tukarkan ia kepada simpan dahulu dan belanja kemudian.
Dalam buku pengurusan kewangan Mas Kahwin Yang Hilang tulisan Tuan Mohd Suhaimy ada menyatakan, bil telefon, astro, elektrik, air dan sebagainya juga haruslah diketepikan terlebih dahulu.
Contohnya:
Gaji Bulan Ini: RM3000Bil untuk isi rumah (elektrik, air dll): RM500Angka simpanan yang difikirkan: RM900
Jadi perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memasukkan wang RM900 itu terlebih dahulu ke dalam bank khas untuk simpanan atau akaun ASB/ASNB. Selepas itu barulah membuat pembayaran bil dan sebagainya.
#3 – Elak Liabiliti
Kereta adalah liabiliti. Kad kredit juga adalah liabiliti. Fikirkan sejenak, adakah ia benar-benar diperlukan? Harga kereta akan susut tahun demi tahun. Cuba cari alternatif lain untuk ke tempat kerja seperti menaiki bas, lrt dan komuter. Bayangkan setiap bulan anda membayar RM700 untuk sebuah kereta Proton Preve yang nilainya akan susut pada tahun hadapan.
RM700 x 12 bulan.= RM8400 setahun.
Jika nilai RM8400 tersebut dijadikan sebagai simpanan, anda hanya perlukan lagi RM1600 untuk wang hantaran
.. Maksudnya tahun hadapan dah boleh berkahwin! 
#4 – Tipu Wang
Teknik ini adalah teknik yang tidak ramai orang mampu lakukan. Namun ia sangat berkesan dalam menukar habit kepada wang. Dengan sedikit tweak, anda mampu menyimpan RM300 sebulan atau lebih tanpa disedari. Teruskan bacaan untuk kefahaman yang lebih mengenai teknik ini.

Jika anda gemar minum air teh ais (RM1.20) selepas makan dikedai. Cuba gantikan ia kepada air kosong. Katakanlah sehari anda akan makan pagi, tengah hari, petang dan malam (4 kali). Bermakna RM4.80 sehari dihabiskan hanya untuk teh ais.
“Alahh… RM4.80 sahaja. Bukan banyak pun!”
Ya.. Memang tak banyak. Tapi cuba lihat contoh kiraan di bawah terlebih dahulu:
RM4.80 x 30 hari= RM144.00 sebulan!
Setiap hari masukkan RM4.80 tersebut ke dalam tabung. Hujung bulan cuba kira kemudian alihkan ia ke akaun ASB/ASNB. Dalam masa yang sama jangan lupa untuk benar-benar minum air kosong selepas makan di kedai. Jangan tukar teh ais jadi jus tembikai pula! 
Sekarang lihat pula kiraan di bawah:
Teh ais sebulan = RM144.00Ais krim sebulan = RM2.50 x 30 = RM75.00Air gas sebulan = RM2.70 x 30 = RM81.00Teh ais + Ais krim + Air gas = RM300.00 bersih…
#5 – Mulakan Sekarang!
Usah tangguh hasrat anda untuk menyimpan. Jika anda tidak mulakan ia sekarang, selepas 10 tahun anda pasti akan menyesal. Bayangkan jika 10 tahun yang lepas anda menyimpan sekurang-kurangnya RM100/bulan.
RM12 000 kini sudah berada dalam akaun pelaburan ASB/ASNB. Itu belum kira dividennya lagi 
++ BONUS ++
Pengiraan secara kasar untuk simpanan yang mampu dilakukan setelah mengamalkan kesemua tips di atas:
Kereta: RM700Simpanan awal sebelum perbelanjaan: RM900Tipu wang: RM300Jumlah simpanan bulan ini = [[ RM1900.00 +- ]]
Teknik-teknik yang dinyatakan di atas adalah teknik separa sedar dimana secara asalnya manusia sukar untuk menyedari bahawa mereka telah membazir beribu-ribu ringgit setiap bulan walaupun mereka fikir mereka telah berjimat cermat. Cara membuat simpanan yang betul juga memainkan peranan terhadap jumlah keseluruhan yang mampu kita simpan.
…secara asalnya manusia sukar untuk menyedari bahawa mereka telah membazir beribu-ribu ringgit setiap bulan walaupun mereka fikir mereka telah berjimat cermat…
Sekian untuk kali ini… 
Sumber By Syafiq Zainal
No comments:
Post a Comment