Categories

Menambah Simpanan ASB Melalui Maybank2U

Saya nak share sedikit pengetahuan tentang simpanan ASB melalui Maybank 2u.

First sekali, yang kita perlu ada ialah akaun Maybank 2U. So kalau tak tau camane nak daftar, senang je. Pergi dekat Maybank terdekat anda, dan minta bantuan Customer Service kat situ tolong daftarkan akaun anda. Senang saja. Dengan ada Maybank 2U, macam-macam kemudahan lain yang anda boleh buat. Bayar bil, loan dan buat investment.

Salah satu investment yang kita boleh buat ialah Pelaburan ASB. So, dah ada Akaun ASB? Boleh buka segera. Takpe, invest sikit-sikit pun takpe. Sebulan RM100, setahun kita dah ada RM 1200. Boleh buat pergi berjalan hujung tahun dengan family kita. Kalau kita simpan 10 tahun, dah ada RM12,000 plus dengan dividen lebih kurang. Boleh la buat downpayment beli rumah atau kereta ke. Betul tak? he he..



Saya akan tunjukkan kepada anda, bagaimana nak tambah simpanan ASB secara online melalui Maybank2u secara langkah demi langkah.
LANHKAH 1: Login ke Akaun Maybank2U.
LANGKAH 2: Klik pada Investment.
asb-maybank2u-1
LANGKAH 3: Pilih ASNB unit Trust Additional Purchase.
asb-maybank2u-2
LANGKAH 4 : Tick setuju pada Condition dan juga klik NEXT
asb-maybank2u-3
LANGKAH 5 : Request TAC, kemudian masukkan Membership Number, letak amaun yang nak ditambah (RM) dan Pilih Product: Amanah Saham Bumiputera.
asb-maybank2u-4
* Untuk melihat Membership Number, sila buka buku akaun ASB anda, dan pilih No. Ahli seperti dalam paparan berikut:
akaun-asb-depan
akaun-asb
LANGKAH 6 :Masukkan TAC selepas anda terima TAC dari telefon bimbit anda.
asb-maybank2u-5
LANGKAH 7 : SUCCESSFUL! Sila simpan resit anda. Digalakkan Print.
asb-maybank2u-6
Ok...selamat melabur dengan ASB. Teringat kata-kata keramat arwah nenek saya untuk cucu-cucunya. "Ting-ting, telinga tikus, biar genting, jangan putus". Maksudnya, biar kita berjimat-jimat dengan duit yang sedikit, asal jangan terputus duit sewaktu susah nanti. Pegh...hebat betul kata-kata ni kan... So, mulakan pelaburan anda sekarang.

- sumber rujukan : nasuha.com -

No comments:

Post a Comment